Saya sempat menonton wacana perdana di internet yang menampilkan tokoh muda dari PAS dan UMNO iaitu Dato' Husam dan En. Khairy pada 20hb Disember 2008 di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan. Apa yang menarik minat saya untuk menonton wacana perdana tersebut adalah kerana ianya melibatkan orang muda yang paling infamous di Malaysia iaitu KJ yang penuh dengan kontroversi berentap dengan orang kuat PAS iaitu Dato' Husam.
Apa yang dapat saya bayangkan ketika mereka berdebat adalah komedi situasi arahan Tan sri P. Ramlee dimana Rocky Labu dan Joe Labi berentap bertinju dimana akhir sekali kedua-duanya pengsan sama dengan pengadilnya.
Banyak jawapan yang diberi tidak menjawab soalan dan seringkali serangan kepada karakter digunakan untuk berhujah baik dari sdr. Khairy dan juga Dato' Husam. Ulasan yang boleh saya berikan adalah mereka berdua separa bersedia (half prepared) dan terlalu yakin dengan diri sendiri. Apa yang pasti muka mereka berdua nampak sangat geram sesama sendiri hinggakan prof Aziz Bari (lecturer saya kat UIA) cakap 'saya tak mahu campur ngan politik korang berdua ni'... yang mana sums it all.
Sdr Khairy nampak lega apabila Dato' Husam menjawab kelemahan UMNO didalam mentadbir negara termasuk korupsi adalah punca tsunami politik berlaku dalam pilihanraya. Sebelum jawapan Dato' Husam tersebut, sdr Khairy telah menjawab tsunami politik berlaku kerana kegagalan UMNO merealisasikan janji PRU 2004. Sesiapa yang undi protes pada PRU 2008 tahu apa penyebab terbesar protes tersebut dan mungkin ramai yang tidak setuju jika dikatakan sdr Khairy adalah bukan penyebab terbesar undi protes tersebut tetapi itu adalah pendapat peribadi saya.
Jawapan kepada soalan Hudud telah menyebabkan kedua-dua penal politik tersebut panas punggung. Bagi sdr Khairy, saya rasakan tidak bersedia dengan soalan yang diajukan kepada beliau yang mana tidak dapat tidak memberi jawapan yang kurang memuaskan dan segera alih tajuk dan jawapan Dato' Husam mungkin anda boleh buat kesimpulan sendiri akibatnya dengan kenyataan Lim Kit Siang dan Karpal Singh serta Lim Guan Eng didalam akhbar baru-baru ini (iya anda telah baca dengan betul iaitu sdr Lim Guan Eng yang ingin mencontohi Umar Abdul Aziz serta menyebut ayat quran dengan lancar).
Pertemuan dua pemimpin ini memang ada baiknya tetapi yang menyedihkan adalah apabila kita melihat dua pemimpin Melayu Islam bertengking leher menuduh antara satu sama lain dan tiada pendapat atau usul yang membina kearah perpaduan melainkan menggalakkan kebencian dan perpecahan.
DAP, MCA dan Gerakan dapat mencari common ground atau persepakatan pendapat apabila isu ketuanan Melayu ditimbulkan dan pernah berlaku ketiga-tiga parti tersebut bersatu membuat protes bersama semasa tahun sekitar lewat 80-an untuk kepentingan kaum bukan melayu.
Tidak tahu kenapa, pemimpin Melayu Islam seolah-olah tidak dapat mencari kesepakatan pendapat didalam perjuangan. Mungkin sudah sampai masanya Pemimpin Melayu Islam bermusyawarah untuk bersatu didalam satu pandangan yang sama dan mengenepikan keegoan masing-masing.
Sebab debat Wacana Perdana ini disertai oleh kedua tokoh ini tidak dapat saya jawab. Mungkin ayat sdr Khairy " saya adalah satu-satunya calon ketua pemuda UMNO yang mencadangkan BPR mengambil peranan mengatasi politik wang" dapat menjawab persoalan anda. Bagi Dato' Husam, mungkin isu kontroversi yang melanda sdr Khairy menjadikan sdr Khairy 'ayam belasahan' untuk menaikkan populariti PR semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang semakin dekat tetapi itu adalah pandangan peribadi saya sahaja.
Yang kalah menjadi arang, yang menang menjadi abu.. kedua-dua telah berjaya membuka pekung didada lawan masing-masing iaitu pekung pemimpin Melayu Islam. Mungkin sejarah boleh membantu dimana apabila berlaku perpecahan sesuatu bangsa hanya satu halatuju yang pasti iaitu jatuh kebawah.
Parti masing-masing akan pasti mencanangkan bahawa tokoh masing-masing telah menang berdebat, itu saya tidak akan campur sebab ini adalah pandangan saya yang atas pagar. Rocky Labu dan Joe Labi pun ada masa mereka bersatu apabila sama-sama pergi meminang untuk haji Bakhil dan mungkin PAS dan UMNO juga boleh duduk semeja untuk mencari kesepakatan. Mesti ada satu perjuangan yang mereka boleh bersetuju bersama dan jika tidak, kita tunggu dan tengoklah apa akibatnya kepada Melayu Islam dinegara ini didalam situasi getir ini.
Kepada Allah tempat berserah!

5 comments:
Pada hemat saya, PAS perlu bubarkan parti & masuk UMNO. Sebabnya, UMNO telah sedia ada dan menerajui parti perikatan. Kalau nak ubah UMNO kepada Islam, bermula dari akar umbi. Masukkan nama2 pemimpin PAS daripada peringkat cawangan lagi, naik ke bahagian, dan seterusnya ke peringkat tertinggi. Tengok, boleh bersatu kan.. bukan susah. Hj.Hadi je reti-reti.
Rantong
Perasaan bhw Pas adalah lebih Islam dan lebih baik daripada UMNO mungkin menghalang mereka berbuat demikian. Jika kita mengamalkan Islam dalam politik maka selamatlah politik Malaysia dan sekiranya politik dalam Islam maka antara akibatnya adalah pegangan isu hudud pun boleh bertukar dalam sekelip mata. Nauzubillah
Dalam Islam, solat tu pun dah menunjukkan penyatuan kita. Kita kena pikir 1 sahaja dalam membangunkan negara Islam iaitu perpaduan ummah. Strategi yang saya utarakan menerusi komen saya yang pertama tak boleh terjadi dalam setahun dua. Mungkin makan masa 10 hingga 15 tahun. Tapi, itulah yang terbaik bagi kita orang Islam di Malaysia ni. Pas kena masuk ke adalam UMNO jika mahu buat perubahan dalam pemerintahan.
itu adalah salah satu pandangan membina daripada tuan dan saya berharap lebih ramai lagi seperti tuan yang mempunyai pandangan kepada perpaduan ummah dan bukannya untuk menunjuk2 siapa hero.
InsyaAllah sekiranya kita mengejar kebaikan maka akan terbuka jalan2 kebenaran dan umat Islam akan bersatu..Amin
Betul 2. X payah tuduh menuduh. Buat saja apa yang Islam suruh buat. Utamakan Fardu Ain dulu..solat, zakat, tutup aurat, dan lain2. Pasal Hudud jgn dipersoal..bahaya hingga boleh menyebabkan jadi murtad. So kepada orang melayu ramai-ramaikanlah kita memenuhkan masjid 5 waktu sehari semalam. Bila semua pergi masjid maka kesepakatan akan wujud secara perlahan-lahan.
Post a Comment