Sunday, September 19, 2010

1Malaysia

1. Saya telah ditelefon oleh nombor yang tidak saya kenali baru-baru ini dan apabila saya angkat telefon saya, beliau telah memperkenalkan diri sebagai kakitangan daripada Kementerian Penerangan Malaysia yang ingin menanyakan tentang pemahaman saya tentang konsep 1Malaysia samaada kempen dari Kementerian Penerangan Malaysia berjaya mempromosikan konsep 1Malaysia.

2. Response saya adalah promosi tersebut adalah teramat kurang keberkesanannya dan rata-rata rakyat saya percaya masih lagi keliru tentang apa yang ingin disampaikan oleh DS Najib. Adakah ianya sebagai satu tindakbalas kepada 'Malaysian Malaysia' yang digunakan oleh DAP dimana konsep samarata diutamakan atau ianya adalah berdasarkan konsep perpaduan?

3. DS Najib juga tidak menyatakan secara khusus tentang apa itu konsep 1Malaysia melainkan seolah-olah menyuruh rakyat membuat interpretasi mereka sendiri. Ianya lain dari wawasan 2020 dokongan Tun Mahathir dimana Tun telah menyatakan halatuju konsep tersebut dan semua rakyat mempunyai pemahaman yang jelas mengenai wawasan 2020.

4. Jika kerajaan serius mempromosikan konsep/idea 1Malaysia maka DS Najib sendiri sepatutnya menerangkan niat dan tujuan 1Malaysia supaya rakyat jelas tentang maksud 1Malaysia dan bukannya masing-masing membuat interpretasi sendiri.




- Posted using BlogPress from my iPad

3 comments:

aida cy said...

tahu la..asyik buat festival je.. :p

Apai said...

Adooii,Allah dah bagi akal fikiran tu guna la. So, u nak ckp sekarang ni u xpaham langsung ape tu konsep 1 Malaysia?adooii...buat malu je..klu nak tahu pasal konsep 1 Malaysia kene la usaha cari sumber2 yg reliable..klu u bace HARAKAH mane nak tahu pasal konsep 1Malaysia...

The Principal said...

Bagus juga kalau encik Apai boleh ringkaskan sikit maksud 1Malaysia ni, ye lah daripada assume apa yang dibaca...

CheDean, silalah follow blog terbaru saya hhislamicentrepreneurship.blogspot.com