Wednesday, October 29, 2008

Kepimpinan

Umum diketahui bahawa pada setiap hari raya Aidilfitri maka jalanraya di Kelantan akan sesak dengan kenderaan warga Kelantan yang balik beraya menunjukkan ramai warga Kelantan yang bekerja di luar Kelantan.

Penyebab utama penduduk berhijrah ke luar Kelantan adalah kerana tiada pekerjaan yang mencukupi untuk menampung keperluan penduduk negeri Kelantan dan kebanyakkan yang berhijrah adalah golongan yang berpendidikan tinggi.

Implikasinya adalah kekurangan penduduk yang berkebolehan dan berpendidikan tinggi di Kelantan. Kita boleh berbangga bahawa ramai rakyat Kelantan yang menduduki jawatan tinggi di dalam Kerajaan, sektor awam dan sektor swasta tetapi malangnya mereka kebanyakkannya berada di luar Kelantan.

Implikasi yang paling besar adalah menyebabkan ketandusan pemimpin yang berwibawa di Kelantan dimana dengan ketandusan pemimpin berwibawa akan menyebabkan negeri itu sendiri mundur. Yang akan naik memimpin adalah golongan mereka yang kurang berwibawa dan berwawasan pendek.

Ianya telah menjadi kebiasaan bahawa pemimpin yang dipilih didalam parti politik masing-masing akan diangkat menjadi calon wakil rakyat seperti Ketua Bahagian bagi BN dan untuk parti PAS saya tidak pasti tetapi semestinya ahli parti tersebut.

Kebiasaannya ahli yang diangkat sebagai calon pemimpin adalah penduduk setempat yang tinggal di DUN berkaitan. Ironinya, sekiranya ahli yang intelektual dikalangan ahli parti tersebut kurang maka pilihan untuk menjadi pemimpin berwibawa adalah terhad menyebabkan pemimpin yang tidak sepatutnya dipilih menjadi ketua. Ini adalah satu situasi yang mungkin berlaku di Pulai Chondong dan Kelantan amnya.

Mungkin tidak semua pendapat saya ini dipersetujui oleh semua pihak tetapi kekurangan pelaburan serta peluang pekerjaan di Kelantan mungkin penyebab utama. Ini bukan masalah PR atau BN tetapi masalah rakyat Kelantan umumnya.

Kita perlu ramai rakyat Kelantan yang berpendidikan tinggi untuk kembali memajukan Kelantan dan menjadi pemimpin di kalangan rakyat Kelantan. Jangan salahkan rakyat yang berada di Kelantan jika pemimpin yang kurang berwibawa naik memimpin sekiranya anda sendiri yang berada diluar Kelantan enggan melakukan perubahan.

Saya seru kesemua rakyat Kelantan untuk berfikir, untuk memberi sumbangan agar negeri ini maju dan makmur. Tidak mustahil pada masa hadapan, negeri ini akan mundur kerana memerlukan pemimpin yang berupaya memberikan kemajuan kepada negeri ini.

Saya tidak tahu sekiranya dengan banyaknya hypermarket yang tumbuh bagai cendawan di Kelantan maka itu yang dikatakan kemajuan. Mungkin dengan adanya hypermarket tersebut maka ramai golongan intelektual yang akan kembali ke Kelantan. Anda menjadi hakimnya.

Sekiranya anda berpuas hati dengan kehilangan ramai warga Kelantan yang berhijrah ke luar Kelantan, bersetuju dengan keadaan ekonomi yang statik di Kelantan, bersetuju dengan kekurangan rakyat-rakyat yang intelektual dan pemimpin yang berwibawa, bersetuju dengan penghijrahan ramai kaum muda ke luar Kelantan maka jangan lakukan apa-apa dan nikmatilah apa-apa yang anda perolehi diluar Kelantan. Mungkin inilah masa depan yang anda semua impikan untuk negeri Kelantan.

2 comments:

norulaina said...

so far hok na tau ada sesetengah drpd kita hok tunaikan zakat di kelantan.. sejak berhijrah ke luar hinggalah beranak pinak dan bercucu.. mungkin ada faktor lain penghijrahan tersebut (terutama org2 zaman dl) tp banyak kaedah yg bole diimplimentasi utk berbakti pada negeri tercinta.. :)

sukyme said...

Kedah pun ramai jugok berhijrah..terengganu pun lebih kurang...tapi rakyat penang kurang. Yang jelas golongan yang ramai berhijrah adalah dari negeri majoriti melayu. Melayu kena bangun....bukan salah negeri..

Dari Pakatan Harapan ke Keluarga Malaysia

Prologue Sudah lebih 11 tahun blog ni terbiar dan ianya telah melalui 2 Pilihanraya Umum dari zaman DS Najib pada 2013 dan pada 2018 Kerajaa...